} }

KEMAHIRAN PROSES SAINS

PEMBOLEH UBAH 


Pengenalan kepada pemboleh ubah / variables

Di dalam sesuatu penyiasatan (fair test) , terdapat beberapa faktor atau perkara yang difikirkan oleh pengkaji sebelum penyiasatan itu dijalankan. Faktor-faktor tersebut ialah faktor atau perkara yang ingin diubah oleh pengkaji (what is changed / manipulated variable) , faktor atau perkara yang ingin diukur / diperhatikan/bergerakbalas (what is measured/observed dan perkara yang perlu disamakan/dimalarkan (what is kept the same / constant variable). Kesimpulannya langkah awal dalam penyiasatan, pengkaji perlu fikirkan tiga pembolehubah berikut iaitu :-

a) What is changed ( manipulated variable)
diubah ( pembolehubah manipulasi)
- perkara yang sengaja diubah oleh pengkaji dalam eksperimen atau penyiasatan yang dijalankan. Kebiasaannya pembolehubah ini hanya ada satu sahaja.


b) What is measured /observed ( responding variable)
- faktor atau perkara diperolehi atau direkodkan.
- perkara yang diukur atau direkodkan oleh pengkaji .
- hasil penyiasatan


c) What is kept the same ( constant variable)
- perkara atau faktor yang perlu disamakan supaya ia tidak akan mempengaruhi atau menganggu keputusan penyiasatan. What is changed (perkara diubah ) dan what is measured/observed (perkara yang diukur /diperhatikan) tidak boleh dijadikan sebagai what is kept the same (pembolehubah malar).