} }

NOTA - NOTA SAINS

GERHANA


Gerhana terdiri daripada dua, iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari. Kedua-dua ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul berada pada satu garisan yang lurus.  Yang membezakan antara dua jenis gerhana ini ialah, apakah yang berada di tengah-tengah? Apakah yang membentuk bayang-bayang gergasi? Apa pula yang terlindung?
Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama Sistem Suria kita.

Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.
Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. Lihat rajah di atas.
Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek yang amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana bayang-bayang .



Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi gelap-gelita – seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.



Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.

Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas 
(bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).

Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana cincin.
Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu cincin yang berkilau.