1. | Antara aktiviti berikut, yang manakah tidak menjejaskan keseimbangan ekosistem? |
| A | Pemeliharaan hutan simpan. |
| B | Penebangan hutan untuk tapak industri. |
| C | Pengaliran baja kimia ke dalam sungai. |
| D | Pembuangan sampah ke dalam laut. |
2. | Antara berikut, yang manakah mungkin menyebabkan keseimbangan alam akan terganggu? |
| A | Kematian organisma |
| B | Interaksi pemangsa-mangsa |
| C | Jangkitan penyakit pada organisma |
| D | Kehilangan salah satu komponen dalam ekosistem yang seimbang |
| |
3. | Merujuk kepada rantai makana di atas,antara perkara berikut, yang manakah akan terjadi jika populasi beluncas berkurangan? |
| I | Penambahan populasi kobis. |
| II | Katak berhijrah ke habitat lain. |
| III | Ular bersaing antara satu sama lain dengan lebih pesat. |
| A | I dan II |
| B | II dan III |
| C | I dan III |
| D | I, II dan III |
| |
4. | Antara penyataan-penyataan berikut, yang manakah benar tentang Rajah 3 di atas ? |
| I | P adalah tumbuh-tumbuhan. |
| II | Q adalah haiwan herbivor. |
| III | Organisma R bersaiz lebih kecil daripada S. |
| IV | Organisma S adalah pengguna peringkat tertinggi. |
| A | I, II dan III |
| B | I, III dan IV |
| C | II, III dan IV |
| D | I, II, III dan IV |
5. | Antara langkah-langkah pemuliharaan organisma hidup di Malaysia ialah |
| I | pembalakan terpilih di mana pokok matang sahaja ditebang. |
| II | mengadakan hutan simpanan di mana tumbuhan dan haiwan dilindungi daripada manusia. |
| III | mengadakan pusat pembiakan bagi haiwan yang hampir pupus. |
| IV | menggalakkan pihak swasta mengambil bahagian dalam kempen mengitar semula bahan-bahan buangan. |
| A | I, II dan III |
| B | I, III dan IV |
| C | II, III dan IV |
| D | I, II, III dan IV |