} }

Wednesday, 7 December 2011

REFLEKSI KESELURUHAN:

PENGAJARAN GURU :
Secara keseluruhannya, tajuk yang dipilih banyak menggunakan bahan bantu mengajar seperti gambar kejadian gerhana bulan dan matahari. Dari bahan yang dugunakan ini dapat menarik minat murid dan murid dapat mengetahui keadaan sebenar apabila berlakunya gerhan bulan dan matahari dan mensyukuri keagungan Tuhan. Selain itu diselitkan juga nota – nota tentang gerhana dan juga video simulasi kejadian gerhana.

PEMBELAJARAN MURID :

Dengan menggunakan bahan bantu mengajar seperti gambar kejadian gerhana bulan dan matahari ini dapat menarik minat murid untuk melihat dan mengetahui keaadaan sebenar ketika berlakunya kejadian gerhanabulan dan matahari.Melalui video simulasi, murid dapat membuat perbandingan atau perbezaan antara gerhana bulan dan gerhana matahari. Dengan cara itu dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada kepada murid



Simulasi gerhana matahari

Friday, 7 October 2011

PANDUAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN


SEBELUM PEPERIKSAAN

• PASTIKAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN

• SEDIAKAN ALAT TULIS YANG TELAH DITETAPKAN

• TIDUR AWAL DAN SECUKUPNYA

• TENANGKAN DIRI DAN JANGAN TERLALU MERASA TERTEKAN

• BANGUN AWAL DAN SIAP DIRI

• SEMBAHYANG, DOA DAN SARAPAN.

• SALAM DAN MOHON RESTU IBU BAPA DAN GURU

• BERKUMPUL DI DATARAN PERHIMPUNAN.


SEMASA PEPERIKSAAN

• MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN DENGAN LANGKAH KANAN

* PASTIKAN DUDUK DI TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN

* PASTIKAN NAMA, ANGKA GILIRAN DAN NO SURAT BERANAK BETUL TERCATAT.

• PASTIKAN ALAT TULIS TELAH LENGKAP DAN SEDIA DIGUNAKAN

• DENGAR TAKLIMAT DARIPADA KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN

• PASTIKAN KERTAS SOALAN YANG DITERIMA ADALAH BETUL.

• PASTIKAN ANGKA GILIRAN DAN NO SURAT BERANAK YANG TERCATAT PADA KERTAS JAWAPAN ADALAH BETUL

* BACA DOA SEBELUM MENJAWAB SOALAN

* PASTIKAN MENJAWAB MENGGUNAKAN PENSEL 2B

* ELAKKAN KELUAR DARI DEWAN PEPERIKSAAN SEMASA PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN KECUALI KECEMASAN KERANA INI AKAN MENYEBABKAN KERUGIAN MASA UNTUK MENJAWAB.


SELEPAS PEPERIKSAAN



• TARIK NAFAS PANJANG DAN LAPANGKAN FIKIRAN

• BUAT PERSEDIAAN UNTUK PEPERIKSAAN SETERUSNYA

• TIDAK PERLU BERBINCANG MENGANAI JAWAPAN BAGI PEPERIKSAAN YANG TELAH DIJALANKAN